KARNIVALTHON SKTD 2014

KARNIVALTHON SKTD 2014

Monday 14 April 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini kami ingin memohon maaf kepada semua peserta kayuhan amal sktd 2014 yang telah mendaftar  untuk menyertai program kayuhan amal sktd yang dijadualkan pada 22 JUN 2014. Untuk makluman rakan peserta, program kayuhan amal ini akan dibatalkan atas sebab kurangnyan sambutan dan penyertaan datri rakan rider yang lain. Setakat ini kami hanya menerima kurang dari 50 orang peserta. Jadi, dengan berat hati kami terpaksa membatalkan program kayuhan amal ini. Kepada peserta yang telah membuat bayaran penyertaan, wang anda akan kami pulangkan bermula minggu hadapan. Sila maklumkan kembali kepada kami nama dan no akaun  serta nama bank. 
Segala kesulitan amat kami kesali, dan sekali lagi kami momohon maaf dan terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada program ini. Anda dijemput untuk datang memeriahkan karnivalthon kami yang akan bermula pada 20 JUN 2014.
Walaubagaimana pun program karnivalthon ini akan diteruskan termasuk Bicara Ilmu oleh Ustz Badli Shah Allauddin, Mini Theme Park, pertandingan mewarna dan futsal. 

Antara program yang berlangsung sepanjang kayuhan amal ini:
1. Gerai Jualan/Promosi
2. Pameran badan kerajaan dan swasta
3. Mini Theme Park
4. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

Untuk membuat pengesahan bagi pembayaran balik, boleh sms nama, no akaun serta nama bank ke:
En Azlan: 017-5464989
En Basri: 012-5549173